Lawatan ke RUMAH AMAL ANAK YATIM YPIN, Sungai Manggis, Kuala Langat, Selangor

Ahad lepas, kami melawat ke RUMAH ANAK YATIM YPIN, Sungai Manggis.
Kek Strawberry & Chocolate ni khas untuk mereka.

Seramai lebih kurang 22orang anak yatim menghuni rumah wakaf ini. Rumah ini ada dua bilik tidur sahaja. 1 bilik utk kanak2 lelaki & 1 bilik lagi utk kanak2 perempuan.

Seronok meluangkan masa bersama mereka. Mereka memang best & sgt2 menghormati tetamu2 yg datang. Mereka dididik dengan begitu baik sekali , disiplin & didikan agama yang begitu dititik beratkan oleh pengajar dan penjaga disana.
Rumah anak2 yatim ini adalah dibawah NGO. Jadi mereka sangat2 memerlukan bantuan kewangan, bekalan makanan dan lain2. Kesian dengan kanak2 ni. Pergilah melawat dan beri bantuan pada mereka.
Bersama adik2, mak & rakan2 interframe dgn kanak2 ni. Rumah amal ini sedang mengumpulkan Dana untuk membina rumah anak yatim yang lebih luas dan selesa untuk anak ini. Jika ada duit lebih, pergilah menderma disana. Semasa kami disana krew ntv7 "Wakenabeb" sedang membuat persediaan untuk membuat pengambaran.

Comments

Popular posts from this blog

Alamat dan Nombor Telefon Chantek Cakes